INTERAKSI 3

Pengaplikasian Model-model pengajaran bahasa dalam pembinaan bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Hasil Pembelajaran

  • Membincangkan model-model pengajaran yang sesuai mengikut trend bidang Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer /CALL (Computer Assisted Language Learning) 
  • Model secara Tradisional
  • Model secara Multimedia
  • Model secara Berasaskan Web 
  • Mengaplikasi model pengajaran yang sesuai berdasarkan Teori Pemerolehan Bahasa dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan Bahan Pembelajaran Digital  
  • Membuat perancangan bagi membina bahan PdP Bahasa Melayu dalam mencapai kemahiran bahasa berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum  Bahasa Melayu sekolah rendah
Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)
Prisip Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) Berasaskan Model secara Tradisional
  • Mempunyai objektif tingkah laku dan diperhatikan oleh pelajar
  • Mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar sasaran
  • Menekankan kepada konsep pembelajaran lebih mudah kepada yang lebih sukar
Prisip Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) Berasaskan Model secara Multimedia
  • Mempunyai panduan dan arahan yang jelas
  • Mempunyai interaktiviti yang mesra pengguna
  • Persembahan bahan dalam bentuk demonstrasi
Prisip Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) Berasaskan Model secara Web
  • Pendekatan atau strategi penyampaian yang jelas
  • Mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penyelesaian masalah
  • Galakan komunikasi global secara emel, forum dan sebagainya
Mengaplikasi model pengajaran yang sesuai berdasarkan Teori Pemerolehan Bahasa dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan Bahan Pembelajaran Digital 
Teori Behaviorisme
  • Guru menjadi model pembelajaran
  • Menekankan latih tubi yang membentuk tabiat
  • Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga menjadi kebiasaan
Teori Kognitif
  • Mementingkan pembelajaran konstruktivisme
  • Guru sebagai fasilitator
  • Mengguna pengalaman konkrit pelajar
Teori Mentalis
  • Menekankan tugasan menyelesaikan masalah
  • Menekankan kreativiti dalam PdP
  • Pendekatan deduktif
Teori Interaksionalis
  • Pendekatan komunikatif
  • Aktiviti bahasa menarik dan bermakna
  • Menggunakan proses mental dan linguistik pada pembelajaran bahasa
Membuat perancangan bagi membina bahan PdP Bahasa Melayu dalam mencapai kemahiran bahasa berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum  Bahasa Melayu sekolah rendah
Topik 2-Domain Teknologi Pengajaran dan Model ID.ppt (393,5 kB)