INTERAKSI 1

TAJUK 1 : Penggunaan Enjin Pencari untuk Bahan Bahasa Melayu

Kandungan

  • Menilai dan menggunakan Enjin pencari yang sesuai untuk penggunaan bilik darjah 
  • Menilai dan mencari e-sumber untuk bilik darjah seperti perisian kursus untuk PdP Bahasa Melayu 
  • Menggunakan fitur web, video, audio dan imej 
  • Menggunakan kata kunci dan frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. 
  • Menyimpan bahan dalam bentuk perkongsian fail Internet melalui penanda laman web (bookmarks) 
  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks. 
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa. 
  • Berkongsi bahan dalam talian secara pengkomputeran awan (cloud computing)   
  • Berkongsi bahan secara usaha kolaboratif melalui penggunaan penanda sosial (social bookmark)

 

Pengenalan

Di internet, terdapat pelbagai pembekal maklumat yang boleh dijadikan sebagai enjin pencari. Pembekal-pembekal maklumat ini kebanyakannya membekalkan maklumat yang hampir sama iaitu berkaitan dengan teks, video, audio,grafik dan sebagainya. 

 

Cara mendapatkan maklumat

  • Mengenalpasti tajuk.

  • Memilih kata kunci mengenai tajuk atau bahan yang ingin dicari.

  • Memilih enjin pencarian yang tepat.

  • Menyemak kesesuaian maklumat/ bahan yang dijumpai. (Cuba guna enjin pencari yang berlainan)

  • Mengulangi proses pencarian sekiranya perlu

 


Gambarajah 1: Jenis-Jenis Enjin Pencari

Alamat Internet 

Bagi melayari internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal maklumat yang digunakan. Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:

www.google.com/
sg.yahoo.com/?p=us
www.msn.com/en-my/
www.youtube.com/


Untuk mendapatkan bahan, taipkan nama bahan yang berkenaan di dalam kotak pencari dan kemudian klik pada Web search.

Menggunakan Kata Kunci, Frasa yang Sesuai untuk Mendapatkan Bahan Pengajaran

  • Kata kunci yang dipilih haruslah sesuai dan bertepatan dengan maklumat yang ingin dicari.

  • Pemilihan kata kunci yang terlalu panjang menjadikan skop pemilihan bahan menjadi terlalu besar.

  • Sebagai contoh, pemilihan kata kunci nota Bahasa Melayu.

  • Perkataan ini terlalu panjang ; “nota” + “Bahasa” + “Melayu”.

  • Pengurangan pilihan boleh dibuat dengan menggunakan tanda “” sebagai contoh “nota Bahasa Melayu”.
     

  • Rajah 1:Hasil pencarian menggunakan frasa nota bahasa Melayu 

Menyimpan Bahan dalam Bentuk Perkongsian Fail Internet Melalui Penanda Laman Web (Bookmarks)

Rajah 2:  Menyimpan bahan dalam penanda halaman (bookmarks)

Katalog Alamat Internet

 
  • Katalog alamat internet mempunyai perbezaan daripada alamat internet kerana katalog alamat internet, mempunyai tajuk, alamat laman, dan sinopsis. 

  • Dengan menggunakan katalog alamat internet, anda dapat mengetahui isi kandungan laman berkenaan daripada sinopsis yang disertakan.

 

Jenis

Teks

Tajuk

Tatabahasa Kata Nama

URL

tatabahasabm.tripod.com/tata/knama.htm

Sinopsis

Laman sesawang ini mengenai kata nama dan menunjukkan jenis

kata nama dan contoh penggunaan kata nama

Jenis

Video

Tajuk

Seloka Pak Kaduk 

URL

www.youtube.com/watch?v=8pf-v2En60I

Sinopsis

Menceritakan tentang kisah hidup Pak Kaduk

Jenis

Audio

Tajuk

Lagu Rakyat Terengganu

URL

www.4shared.com/music/CC1LRr4O/Itik_Gembo-gembo_1.html

rasakami.blogspot.my/2013/02/koleksi-lagu-rakyat-terengganu.html

Sinopsis

Menyimpan pelbagai jenis lagu rakyat negeri Terengganu

Jenis

Grafik

Tajuk

Pelabuhan di zaman kesultanan Melayu Melaka

URL

www.bing.com/images/search?q=kesultanan+melayu+melaka&view=detailv2&&id=C8C113F701C1F121116

F88233001CD284BF8E69E&selectedIndex=12&ccid=1yWeDDIO&simid=60804

4228985032252&thid=OIP.Md7259e0c320e5fbd4a3cfde7c61ba44do0&ajaxhist=0

Sinopsis

Memaparkan beberapa gambaran tentang zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka

Mengumpul Bahan daripada Internet ke dalam Folder berdasarkan Kemahiran Bahasa

Bahan yang dimuat turun akan disimpan dalam folder seperti gambarajah di bawah.

 Gambarajah 2: Penyimpanan bahan-bahan PdP dalam folder berdasarkan Kemahiran Bahasa

Berkongsi Bahan dalam Talian secara Pengkomputeran Awan (Cloud Computing)

Cloud Computing ialah tempat untuk anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi seperti dokumen, gambar, rakaman suara ataupun video.

            Gambarajah 3: Dropbox

Gambarajah 4: Slide Share

Berkongsi Bahan Secara Usaha Kolaboratif Melalui Penggunaan Penanda Sosial (Social Bookmark)

Ia memudahkan pengguna mengakses dan berkongsi dengan pengguna lain secara atas talian.
       

Gambarajah 5: Penanda Sosial

                                                                  

TAJUK 2: Pengaplikasian Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet 

Kandungan

  •  Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet 
  • Menghasilkan bahan dalam atau luar talian tentang garis panduan dan etikan penggunaan internet dengan menggunakan perisian yang sesuai. 
  • Mengaplikasikan pengetahuan tentang jenis hak cipta dan lesen hakcipta umum (public copyright licenses) untuk bahan dalam talian bagi penggunaan pendidikan
  • Mengaplikasi aspek perundangan dalam mendapatkan bahan yang boleh digunakan di dalam bilik darjah.

Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan Internet 

                        Rajah 2.1: Mencari dan Memuat Turun Bahan 

Menghasilkan bahan dalam atau luar talian tentang garis panduan dan etikan penggunaan internet dengan menggunakan perisian yang sesuai. 

Berikut adalah beberapa perisian yang boleh menghasilkan brosur

panduan penggunaan publisher.ppt (245248)

CANVA.pptx (399640)

 

Mengaplikasikan pengetahuan tentang jenis hak cipta dan lesen hakcipta umum (public copyright licenses) untuk bahan dalam talian bagi penggunaan pendidikan


Definisi Hak Cipta

Hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karyanya untuk mengawal penggunaan karya mereka.

Jenis karya yang dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987:

  • Karya sastera
  • Filem
  • Karya muzik

Aplikasi perundangan bagi memastikan bahan dapat digunakan di dalam bilik darjah 

  • Pengguna harus meminta kebenaran daripada tuan empunya bahan
  • Terdapat CD-ROM yang bebas daripada royalti untuk dipertontonkan
  • Setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen penggunaannya yang sah